Friday, August 5, 2011

BAHAN EDARAN PROGRAM 2Q PMR 2011 SK TAMAN PRIMA, GOMBAK

Sila ambil perhatian kepada guru-guru Sains dan Matematik PMR Daerah Hulu Selangor. Berikut adalah disertakan pautan bagi bahan edaran Program 2Q PMR di SK Taman Prima, Gombak. Bahan yang boleh di muat turun adalah:

1. Bahan Edaran Sains PMR 2Q
2. Bahan Edaran Matematik PMR 2Q

Adalah diharapkan bahan-bahan ini dapat memberikan kemudahan kepada guru-guru PMR Daerah Hulu Selangor. Terima Kasih.

Monday, June 27, 2011

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM EASY-MATH PART 2 MATEMATIK TAMBAHAN TING. 5 DAERAH HULU SELANGOR 2011

Mesyuarat Penyelarasan Program Easy-Math Part 2 Matematik Tambahan ting.5 akan diadakan di SM Sains Hulu Selangor. Tarikh 30 Jun 2011 (Khamis) jam 2.30 petang. Semua Ketua Panitia Matematik (SPM) dan AJK Program dijemput hadir.

Monday, June 13, 2011

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI SAINS SEKOLAH RENDAH DI BAWAH DASAR MBMMBI 2011

Kursus ini khusus untuk Guru Sains Tahap 1 (hanya untuk 34 buah sekolah terpilih sahaja)
Makluman kursus di atas adalah seperti berikut:

.........Tarikh : 21-23 Jun 2011
.........Tempat : Hotel Putra, Kuala Lumpur
.........Masa Pendaftaran : 2.30-6.00 ptg

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada PN.SURIAL BT HASSAN PPPD SAINS & MATEMATIK (RENDAH) di talian 03-60645986

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI SAINS UPSR DAERAH HULU SELANGOR 2011

Kursus ini khusus untuk seorang Guru SAINS tahun 6 (kelas hujung) setiap sekolah di Daerah Hulu Selangor.

Makluman kursus di atas adalah seperti berikut:


Tarikh : 23 Jun 2011

Hari : Khamis

Tempat : PKG Kalumpang

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada PN.SURIAL BT HASSAN PPPD SAINS & MATEMATIK (RENDAH) di talian 03-60645986

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI MATEMATIK UPSR DAERAH HULU SELANGOR 2011

Kursus ini khusus untuk seorang Guru Matematik tahun 6 (kelas hujung) setiap sekolah di Daerah Hulu Selangor.

Makluman kursus di atas adalah seperti berikut:


..........Tarikh : 21 Jun 2011

..........Hari : Selasa

..........Tempat : PKG Kalumpang

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada PN.SURIAL BT HASSAN PPPD SAINS & MATEMATIK (RENDAH) di talian 03-60645986

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH (KREATIVITI DALAM P&P)

Kursus ini khusus untuk Guru Matematik Tahap 1 (hanya untuk 22 buah sekolah terpilih sahaja)
Makluman kursus di atas adalah seperti berikut:

Tarikh : 13-15 Jun 2011
Tempat : Permaisuri Resort, Port Dickson
Masa Pendaftaran : 3.00-6.00 ptg

Sebarang pertanyaan sila ajukan kepada PN.SURIAL BT HASSAN PPPD SAINS & MATEMATIK (RENDAH) di talian 03-60645986

Friday, January 28, 2011

Rangka Cadangan RPT Subjek Sains KSSR Tahun 1

Guru-guru Dunia Sains dan Teknologi Tahun 1, KSSR boleh mendapatkan melalui PAUTAN INI. Diharapkan Rancangan Pengajaran Tahunan Cadangan ini dapat membantu.

MESYUARAT PANITIA SAINS (SPM) BIL.1/2011

Mesyuarat Panitia Sains (SPM) akan diadakan pada 22 FEBRUARI 2011 (Selasa). Bilik Mesyuarat SMK Serendah. Semua Ketua Panitia Sains SPM Daerah Hulu Selangor dialu-alukan untuk hadir.

Mesyuarat Panitia Matematik (PMR & SPM) Bil.1/2011

Mesy. Panitia Matematik (PMR & SPM) akan diadakan di SMK Taman Bunga Raya 1. Tarikh 16 FEBRUARI 2011 (Rabu). Semua Ketua Panitia Matematik (PMR & SPM), Guru Sumber dan Guru Cemerlang Matematik Daerah Hulu Selangor dijemput hadir.

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GKMP

Program akan diadakan di SMK Taman Bunga Raya 1 pada 17 FEB 2011 (Khamis). Semua Guru Kanan Matapelajaran (GKMP) dijemput hadir.

MESYUARAT / TAKLIMAT PENGURUSAN AKADEMIK GPK1

Taklimat / Program Peningkatan Profesionalisme Pengurusan Akademik akan diadakan pada 09 FEBRUARI 2011 (Rabu) di Dewan Farabi, SMK Taman Bunga Raya 1. Penceramah Khas dari PPD Hulu Langat akam berkongsi pengalaman tentang PATS dan Headcount Berkesan. Semua Guru Kanan Pentadbiran (SM/SR) Hulu Selangor dijemput hadir.

Mesyuarat Panitia Sains (SR) Bil.1/2011

Mesyuarat akan diadakan di Bilik Mesyuarat SK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu pukul 2.00 petang pada 10 FEB 2011 (Khamis). Semua Ketua Panitia, Guru Cemerlang, Guru Sumber Sains Daerah Hulu Selangor dijemput hadir.

Mesyuarat Panitia Matematik Tambahan Bil.1/2011

Mesyuarat akan diadakan di Bilik Mesyuarat, SAMT Kuala Kubu Bharu pada 08 FEB 2011 (Selasa). Semua Ketua panitia, Guru Cemerlang dan Sumber Matematik Tambahan Daerah diminta hadir.

Mesy. Penyelarasan Item Sains (SPM) 2011

Mesy. Penyelarasan Item Sains (SPM) akan dilaksanakan pada 7 FEB 2011 (Isnin). Kepada Panel penyelaras item, Surat telah Diedarkan melalui "Pegion Hole PPD". Mesyuarat akan diadakan di Bilik Mesyuarat 2, PPDHS. Guru-guru diharap membawa bersama-sama laptop, HSP, bahan rujukan dan skema semasa mesyuarat.

Happy Chinese New Year

Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Sempena perayaan ni sebahagian besar Sekolah khususnya SJKC tidak kurang juga SJKT, SK dan SMK yang akan bercuti panjang. Anyway.... Kepada semua guru-guru yang merayakan tahun baru........ Happy Chinese New Year.

Monday, January 10, 2011

SESI PERSEKOLAHAN 2011 BERMULA



Sesi Persekolahan 2011 bermula. Semua sekolah telah bersedia dengan kelengkapan untuk memulakan sesi baru. Pemantauan Persediaan Sekolah Awal Tahun (PPSAT) dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor ke semua sekolah pada minggu pertama persekolahan 2011. SELAMAT MEMULAKAN SESI 2011.